saya telah pergi ke rumah farisha fauzi untuk
menghantar hadiah daripada fatimah dan saya.
rumah beliau juga tidak susah untuk dicari :)
selepas itu , kami pergi ke nilai 3 kerana ibu ingin membeli kain dan tudung.
walaubagaimanapun, barang yang ingin saya beli tidak dijumpai
atau lebih tepat lagi, tidak dicari di situ kerana keadaannya yang sangat panas
dan tidak menyelesakan.
kami mengambil keputusan untuk membelinya di bandar baru bangi sahaja.
selepas menunaikan zuhur di masjid al-hasanah,
ibu singgah di sebuah kedai servis kereta untuk menambah gas
dichlorofluoromethane atau gas pendingin hawa
(saya pun baru tahu nama tersebut. hahahaha).
sementara menunggu kami pergi ke little white cafe
dengan niat untuk minum-minum ringan
yang akhirnya tidak begitu ringan.
selepas urusan kereta selesai,
destinasi ibu seterusnya ialah latina dan cosway pula.
akhir sekali, kami pergi ke kompleks bangi utama
untuk mencari kasut serbaguna saya.
serbaguna kerana saya akan menggunakannya sebagai kasut sekolah
dan kasut jalan setelah saya tamat persekolahan.
akhirnya, kami tiba di rumah pada jam 6 petang.
belakang kaki kanan saya agak melecet
kerana kasut yang saya pakai ketat di sebelah kanan.
saya juga baru mengetahui bahawa kaki kanan manusia
ialah lebih besar berbanding kaki kiri.
itulah pengetahuan baru yang saya dapat pada hari ini. :)
gambar-gambar:
red velvet cake :D
yeah ive tried bagel lol
cakescakescakes
alynn, this is it ;p
p/s: gambar-gambar terlepas daripada peraturan penulisan Bahasa Melayu
p/s: gambar-gambar terlepas daripada peraturan penulisan Bahasa Melayu
3 comments:
LOL. anda terkena bahana BM ke? atau anda menyahut seruan kerajaan, MBMMBI?
ohh i wanna go there haha yeah mari pergi beramai2 selepas spm, anda belanja, ok? ;)
timah: saja. nanti bm merajuk dengan saya HAHA
alynn: belanja diri sendiri sudah laa. ai xde lah kaya mana ;p
Post a Comment